Rabu, 13 April 2011

Tips Penting !! Tips penting !!


Tip Pertama -Tidak digalakkan mengguna jari kerana ia seperti tidak profesional, berus ataupun span utk sapuan foundation mahupun pun eyeshadow.

LANGKAH 1: Pastikan muka bersih dari air peluh dan minyak… maknanya, setiap kali hendak mula bersolek, kena la cuci muka dulu kan….
Kenapa perlu bersih? Kerana kalau ada minyak sedikit pun, mekap tidak akan bertahan lama. Berikutan masalah ini, terdapat ramai wanita yang mengadu kepada saya, mekap yang dikenakan bertompok-tompok dan kelihatan tidak sekata.
Ada petua menggunakan ais. Kalau anda rajin, lakukanlah sebelum tidur. Itu sebenarnya merupakan teknik urutan muka. Apabila muka kita sihat dan segar, tenyeh apa jenis produk pun pasti akan nampak cantik.

LANGKAH 2: bila sudah bersih, pilihlah bedak asas/foundation yang bersesuaian dengan kulit muka. Yang pasti, gunakan warna yang sama seperti di wajah. Ujian warna tidak boleh dilakukan ke atas mana2 bahagian tangan mahupun badan kerana warna yang tidak tepat
Bedak asas mempunyai pelbagai jenis, di antaranya:
  • Bedak dwi guna/two way cake
  • Bedak padat/compact
  • Bedak cecair/liquid
  • Bedak jenis krim/stick
Tip Dua – Bersih Muka ::  Bagi anda yang amat gemar bermekap, wajib rajin cuci muka DENGAN BETUL dan WAJIB pakai mask seminggu sekali sekurang2nya kerana alat solek ni byk bahan kimia yang boleh mudarkan seri wajah asli kita. Oleh itu, jangan tua sebelum waktunya.

LANGKAH 3: Dah pilih foundation, apa lagi… sapu la… sapu dgn jari pun boleh, span pun boleh, berus pun boleh…. tapi saya prefer guna span coz kalau jari dah kotor, alamak, satu hal nak cuci tangan lagi.. dah tu kalau salah pegang , abih comot balik muka

Tip Tiga- Sapuan :: Elakkan sapuan ke bawah… kalau nak awet tua… buat la gitu… kalau nak awet muda, buat sapuan ke atas atau ke luar ke arah kanan atau kiri.. sapa2 belajar facial, teknik ini turut di amalkan utk kekal muda… kalau ada butik facial yg buat sapuan ke bawah, korang toksah la pegi lagi butik tu… diorang tak tere lagi main hantam keromo jer…

Tip Empat Sapuan Foundation Sekitar Mata :: sapuan dari luar ekor mata ke dalam secara membulat.. contohnya… depankan tangan dan angkat ketiak… pastikan keadaan tapak tangan flat antara seperti melekap kat breast.. keadaan tersebut bawa ke bahagian mata….buat secara bulatan dari luar ekor mata sehingga ke pelupuk mata… bhgn celah bedah yg ada bulu mata tu pun letak.. jgn tak letak.. mata kita byk garis2… so, kena cover okay…
Sapu foundation dgn kemas kalau nak output cantik…. utk siang elok guna compact atau two way atau liquid.. utk function, elok guna cream stick atau liquid yg tebal…
Lupa nak kabor.. Tips pilih foundation …
Haaa.. ni ramai dok tanya masa dalam kelas…
Korang kalau nak beli online, perlu diingat, gambar kat online tak sama dgn gambar bila dah melekat kat kulit… so… cara terbaik… beli dan test on the spot.. lain ler kalau korang mmg dah kenal sgt kod2 nya
Lokasi terbaik utk test adalah di wajah… bukan di tangan, bukan di kaki, bukan di dada. Sebabnya…. tangan kita ni mmg akan gelap dari muka… sesetengah orang beruntung ada yg sama tone satu badan..
Masa test tu... Buang la existing make-up.. Warna terbaik adalah warna yg sebijik sama 99.9% dgn warna kulit…. tapi mostly sebagai wanita, dia tak nak dilihat lebih gelap… mostly suka lebih cerah dari warna asal… soooo.. up to you… you all yg nak pakai kan…
Saya dapati, kulit wanita Asia. Malaysian, lebih kepada warna cerah kekuningan… kalau area pantai timur, lebih kepada cerah keputihan/kemerahan… ada beza yg ketara…

Tiada ulasan: